Monday, May 7, 2012

Kenangan rumah di Kampung Mela

Kenangan rumah yang tak dapat aku lupakan hingga ke hari ini, rumah ni menyimpan seribu satu cerita tentng keluargaku dan rumah yang penuh dengan kenangan kanak-kanakku. Tapi siapa tahu semua sudah tertulis di luh mahfuz, pada hujung tahun 05.12.2005 tika aku membuat persediaan untuk melangkah ke tingkatan 6 atas di SMK Padang Saujana pada jam 8.15am di Kampung Mela, Kuala Lipis, Pahang. Tanpa disangka satu peristiwa bersejarah dan titik hitam berlaku pada keluarga kami. Aku memang tak dapat melupakan saat peristiwa itu berlaku.

Aku ingat lagi hanya beberapa barang yang dapat aku selamatkan seperti kereta, moto, sedikit alatan aku dan mak, tetapi paling aku ingat..tika mana aku mengambil televisyen daripada tangan mak dan aku nampak sayup dimatanya memandang aku..lalu aku hanya mampu tersenyum dalam duka tika api marak menyala..

Nendaku meraung ibarat tak sedar diri menangis air mata berjujuran. Kami beukan daripada keluarga orang yang senang-senang. Tapi inilah satu-satunya kenangan "Rumah arwah ayah" yang aku takkan lupakan.

Namun, tiap kali balik kampung aku akan singgah di kawasan tapak rumah itu walaupun seketika. Pernah juga airmata mengalir tanpa aku sedari. Tapi aku tahu ini semua ujian dariNya menguji kekuatan iman kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Punca berlakunya kebakaran tersebut bermula daripada rumah jiran yang berdekatan, deretan tujuh buah rumah hangus dijilat api. Berdasarkan kenyataan daripada ahli bomba yang hadir, mereka menjangkakan kebakaran bermula daripada dapur. "Ya" dan aku tahu tentng itu, tetapi biarlah dan usahlah diungkitkan lagi, biarlah ianya menjadi ingatan kepada semua. Kebakaran berpunca daripada dapur apabila anak-anak jiran aku memasak pisang goreng terlalu lama, menurut ahli bomba tersebut minyak masak yang dipanaskan terlalu lama boleh menyababkan pertukaran gas kepada tahap tertentu yang boleh mengakibatkan kebakaran.










Sedih tak terhingga, tapi akan daya semua dah tertulis. Tetapi banyak gak benda dan perkara-perkara pelik yang bermain difikiran aku selepas kejadian tu. Aku terjumpa duit mak yang disorok dibawah katil dalam bilik dan aku tahu duit itu mak nak guna untuk pergi haji. Semua barang hangus tetapi duit itu masih ada dan hanya sedikit saja yang dijilat api. Selepas itu, ayat al-quran di bahagian tengah rumah yang sedikit pun tak dijilat api hanya bahagian bingkainya sahaja dan yang terakhir hadiah Al-Quran yang aku menangi sepanjang penglibatan aku di dalam bidang syarahan agama disekolah sebanyak tujuh biji tidak dijilat api sedangkan pada masa yang sama buku rujukan persekolahan aku juga turut ada berdekatan Al-Quran tersebut namun hangus kesemuanya. Sungguh besar kuasa Allah swt...

Namun, aku tetap kuatkan semangat walaupun tahun itu tahun bagiku untuk menghadapi peperiksaan STPM. Ya, aku akui banyak perubahan pada diriku selepas peristiwa itu, tumpuan pada pelajaran juga seakan merosot. Tapi, alhamdulillah kini aku sedar dan menanam semangat yang baru bahawa hidup mesti diteruskan. Nenda pun telah tiada dan ku berharap beliau bersemadi dengan aman disana..insyaAllah.

 Kini, sudah 8 tahun peristiwa itu berlalu dan sepanjang perjalanan itu berbagai ragam aku jalani dan aku masih balik ke kampung kerana ku tahu " Dimana bumi dipijak, Disitu langit dijunjung". Rumah dan kampung kesayanganku, walaupun sudah ramai kawan-kawan yang keluar dari kampung bekerja diluar mencari pengalaman dan kejayaan masing-masing tapi kami masih bertemu dikampung. Kini aku menetap di Jerantut dan ianya bukanlah terlalu jauh untuk aku balik ke kampung.

Pucuk sireh menjuntai ke langit,
Menapak tanah memaut pasaknya,
Biar hangus harta dan ringgit,
Jangan tergadai maruah dan agama.

Sekian..:)


No comments: