Wednesday, November 21, 2012

McDonald's dan Palestin



McDonald's Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mereka baru-baru ini menyatakan bahawa syarikat makanan ringan antara terbesar di Malaysia itu tidak menyokong dan terlibat dalam sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.

Kenyataan ini berdasarkan beberapa spekulasi yang mengatakan syarikat McDonald's terlibat sama dalam usaha menyalurkan sumbangan kepada pihak Israel melalui dana-dana yang disalurkan melalui pertubuhan yahudi di sana yang kemudiannya digunakan untuk memberi bantuan atau melaksanakan propaganda mereka terhadap Palestin seperti mengadakan kempen-kempen pro-israel, himpunan-himpunan di jalanan, dan sebagainya dalam usaha memberi sokongan dan menawan serta menguasai Palestin di facebook baru-baru ini.

Oleh yang demikian, bagi menarik semula minat dan perhatian rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia mengambil langkah dengan cara pemberian sarapan pagi secara percuma iaitu 200 000 burger ' Egg McMuffin' kepada 1000 pelanggan pertamanya.


Namun sejauh manakah keberkesanan dan cerita disebalik tabir yang sebenar masih kita tidak ketahui. Adakah hanya McDonald's Malaysia sahaja yang tidak terlibat atau sebagainya. Walaubagaimanapun, isu semasa ini menjadi satu titik tanda dalam sejarah peradaban dunia sebenarnya yang mana jika dipandang secara rawak dan logik bagaimana sesuatu kaum pelarian ditambah tiada negara (israel) boleh memiliki pelbagai kelengkapan ketenteraan, ilmuan-ilmuan yang hebat serta kebolehpasaran dagangan antarabangsa secara meluas di dunia menakluki sebuah negara berdaulat dan melakukan kekejaman terhadap rakyatnya berpuluh tahun tanpa dikecam dan dikenakan sebarang tindakan oleh undang-undang dunia. Malah, kuasa-kuasa veto dunia juga seakan-akan senyap membisu seperti tiada apa yang berlaku.



Mungkin ada juga berpendapat ianya hanya sebuah negara islam dan diperlekehkan berikutan ramai  menyangka bahawa islam mudah untuk dikaitkan dengan kewujudan pengganas yang akan memberi kesan kepada mereka terutamanya masyarakat barat. Jika dilihat, jelas disini bahawa penguasaan yang dimiliki oleh Israel dibayangi oleh kuasa besar dunia tertentu seperti  Amerika Syarikat dan Britain. Diatas tiket apakah yang menjadikan mereka sanggup memberi bantuan kepada Israel untuk terus menguasai Palestin? Banyak perkara yang boleh dikaitkan secara amnya seperti isu politik, sosio-ekonomi, perdangan dua hala, penguasaan wilayah, agama dan hak ketenteraan. Hari ini mungkin Israel tertumpu kepada sebuah negara yang digelar Palestin dan bagaimana pula jika dikemudian hari setelah mereka mempunyai kuasa besar dan melakukan penjajahan serta memporak perandakan negara-negara lain. Ianya bukan sahaja berkaitan mengenai pencerobohan negara semata-mata tetapi lebih kepada nilai-nilai kemanusia yang sepatutnya dijadikan asas didalam setiap aspek kehidupan masyarakat tidak kira mereka islam, hindu, budha, kristian ataupun yahudi. Apakah pula perasaan mereka sendiri (israel) jika rumah mereka dimasuki tetamu dan dia menjadikan rumah tersebut sebagai hak miliknya?Bagaimana pula perasaan kamu (israel) sekiranya tetamu tersebut memijak anak-anak kamu didepan mata?. Israel adalah sebuah bangsa yang tiada nilai kemanusiaan dan saya yakin disebabkan kebiadaban mereka ini akan menjadi satu permulaan kepada masyarakat dunia untuk membenci mereka. Mungkin juga sebagai petanda awal yang mereka juga (Israel) akan menerima nasib yang sama suatu hari nanti apabila terdapat pihak-pihak yang setara kekuatan dan kepandaian menentang mereka walaupun hanya berbekalkan sebilah pedang!. 

Isu politik dan pengaruh memainkan peranan penting bagi sesebuah negara seperti Amerika Syarikat. Hal ini berikutan kelonggaran taraf kerakyatan oleh negara tersebut yang membolehkan sedikit demi sedikit masyarakat yahudi menetap disana. Tidak hairanlah sebenarnya terdapat ramai rakyat Israel yang bertopengkan wajah Amerika Syarikat yang menetap disana sekian lama dan kini keturunan serta susur galur mereka berkembang mekar ibarat cendawan tumbuh selepas hujan menjadi rakyat Amerika yang sah dan membolehkan mereka memiliki hak keistimewaan kerakyatan negara tersebut. Oleh yang demikian, pengaruh kuasa terutamanya semasa pilihanraya menjadi batu asas kepada pemerintah untuk memenangi hati rakyat terutamanya golongan ini yang mana banyak menuntut hak dan kebajikan mereka dijaga. Setelah ianya menjadi suatu ketetapan bagi memenangi hati rakyat dan ingin mendapat mandat daripada mereka, pihak pemerintah tiada pilihan dan perlu menjadi pendengar dan pelaksana kepada visi dan misi golongan ini bagi membolehkan pengaruh kuasa dalaman politik diperolehi. Pada masa yang sama, masing-masing memiliki visi dan misi yang berbeza walaupun pada alur yang sama. Mengapa tidak melakukan inisiatif lain jika benar mahu menolong bangsa terbuang itu daripada melarat? Mengapa tidak dibawa seluruh anggota masyarakatnya mendiami Amerika Syarikat?. Ketidakpastian ini menimbulkan perlbagai persoalan yang menjadi tanda tanya. Tidakkah kita terfikir bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dan mungkin bukan sahaja mengenai Palestin bahkan lebih daripada itu.

Sosio-ekonomi juga antara faktor penting perkembangan pembangunan dan kekuatan Israel dapat diperluas hingga kini. Dagangan dua hala yang dapat dilaksanakan antara negara-negara tersebut menjadi lebih utuh dan berkembang pesat berikutan pertolongan daripada Amerika dan Britain yang akan turut sama memperoleh kelebihan sekiranya negara Israel dapat dibentuk. Mereka juga akan dapat memiliki pusat pentadbiran kedua di Asia Tengah bagi melaksanakan tujuan dan harapan untuk menguasai ekonomi dunia kini yang kian meleset. Israel menjadi penanda aras bagi mereka terutama dalam menguasai beberapa sub kekuatan ekonomi dunia yang tidak dimiliki oleh mereka misalannya dalam penguasaan 'emas hitam' atau lebih dikenali sebagai minyak petroleum yang mana menjadi sumber penggerak kepada setiap cabang perniagaan kini didalam aspek kehidupan seharian. Oleh itu, peluang yang luas diberikan kepada masyarakat Israel untuk membuka pelaburan baru di negara mereka sebagai simbol pembangunan dunia sejagat yang mereka cipta kononnya disamping dagangan dua hala yang akan terbentuk bagi meningkatkan proses pembangunan ekonomi dengan lebih cepat. Syarikat-syarikat besar juga menjadi penyambung nyawa bagi Israel untuk terus berkembang pesat dan mendapatkan dana dalam usaha menguasai keseluruhan tanah jajahan di Palestin. Jika dilihat bukan mudah untuk sesebuah negara dibangunkan terutama dalam masa yang singkat. Contohnya Malaysia, hampir 50 tahun selepas merdeka dibangunkan untuk digelar negara membangun yang terbaik di rantau Asia Tenggara dan antara contoh lain misalnya UAE-Dubai yang memiliki bangunan pencakar langit tertinggi didunia serta menjadi antara pusat pelaburan terkemuka baru dunia juga menghadapi masalah beban hutang tidak berbayar. Bagaimana dengan Israel yang hanya bukan sekadar pelarian malah tidak mempunyai negara dalam sekelip mata dapat menguasai Palestin dan memiliki hubungan perdagangan antarabangsa yang meluas serta pembangunan ekonomi yang terbaik didunia. Contohnya, Israel menduduki peringkat pertama di dunia dalam hal konservasi air dan penggunaan tenaga panas bumi. Israel juga mengembangkan teknologi-teknologi peranti lunak, komunikasi, dan sains di Silicon Wadi. Sejak tahun 1970-an, Israel telah menerima bantuan ekonomi dari Amerika Syarikat, dan pinjaman daripada Amerika Syarikat tersebut menduduki proporsi hutang luar negeri Israel yang cukup besar. Pada tahun 2007, Amerika Syarikat menyetujui bantuan sebesar AS$30 juta kepada Israel untuk sepuluh tahun ke depan.

Salah satu distrik bisnes utama Israel di Ramat Gan
Hubungan dua hala yang dibentuk oleh Israel dan Amerika sebenarnya adalah musuh dalam selimut bagi masyarakat dunia hari ini. Mereka bertopengkan keamanan dan berpegang kepada prinsip anti-keganasan yang pada hakikatnya dilakukan oleh tangan-tangan mereka sendiri. Saya berpendapat bahawa kerjasama dua hala ini dilakukan bagi melaksana penguasaan wilayah atau penjajahan secara liberal keatas sesebuah negara seperti Palestin tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Jika dilihat mereka tanpa segan silu melakukan serangan demi serangan terhadap rakyat Palestin tanpa belas kasihan dan keperitan yang disusuli dengan suasana suram serta faktor berdiamkan diri oleh negara-negara bersatu dalam menyuarakan ketegasan mereka terhadap pencabulan hak asasi manusia yang telah disepakati oleh Amerika Syarikat dan Israel selama ini menjadikan mereka lebih berani untuk mengorak langkah terus kehadapan. Apabila mereka dapat menguasai penghubung antara barat dan asia tengah, ianya menjadikan mereka lebih kuat dan mudah untuk mengawalselia setiap pergerakan dan rancangan negara-negara yang dikecam dan mengganggu gugat kekuatan mereka seperti Iran, Syria dan lain-lain.


Selain itu, jika diamati seolah-olah kebergantungan Israel kepada Amerika Syarikat dan Britain menjadi sesuatu perkara penting kepada proses penubuhan negara yang tidak diiktiraf tersebut. Namun, pada hakikatnya Amerika Syarikat dan Britain juga turut bergantung harapan kepada Israel bagi mengukuhkan kekuatan dan kestabilan kerajaan mereka di barat. Oleh itu, pihak Israel dibekalkan dengan kemudahan ketenteraan antara yang terbaik didunia disamping menjadi pengkalan ketenteraan utama di Asia tengah secara bayangan bagi menghapuskan musuh-musuh mereka yang gagal dihapuskan sebelum ini dengan cara yang sama dilakukan terhadap negara-negara terdahulu seperti Afganistan, Bosnia, dan Iraq. Mereka melaksanakan pelbagai rancangan dan misi sama untuk menghancurkan sesebuah negara yang memberi ancaman kepada kekuatan dan kedaulatan mereka dengan cara peperangan. Bagi mengelak daripada terus dikecam oleh masyarakat antarabangsa, Amerika Syarikat kini menggunakan pendekatan yang berbeza daripada sebelumnya bagi memastikan negara-negara yang dikuasai bukan sahaja tunduk dan patuh malah menjadi landasan kepada mereka untuk menguasai dunia secara bayangan. Negara-negara Arab lain yang tidak terlibat mengelak untuk campur tangan dan mendiamkan diri bagi menjaga hak dan kepentingan masing-masing.

Tentera Israel
Pengaruh agama juga turut memainkan peranan penting bagi proses penjajahan Israel terhadap Palestin kerana mereka menjadikan Masjid Al-Aqsa sebagai alasan dan batu ukur terhadap kepentingan mereka untuk menakluki Palestin secara keseluruhannya. Diiktiraf sebagai pelindung keagamaan yahudi di Palestin yang pada hakikatnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada proses penjagaan dan penghayatan Masjid Al-Aqsa itu sendiri. Malah menuduh masyarakat islam Palestin tidak tahu menilai kepentingan beragama disana secara terang-terangan. Israel juga melakukan beberapa sekatan pada Masjid Al-Aqsa seperti penambahan anggotanya pada setiap masa untuk mengawal keadaan disekitar masjid, melakukan penggalian secara haram dibawah masjid, dan menghadkan waktu-waktu tertentu untuk golongan muda lelaki Palestin masuk ke Masjidil Aqsa. Pada pendapat saya hasil pembacaan dan sedikit kajian mengenai bumi Palestin ini secara amnya penguasaan wilayah tersebut sudah berlaku sejak beratus tahun lagi sehingga diambil alih semula oleh Salehuddin Al-Ayubi pada tahun 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun dikuasai oleh tentera Salib. Akibat fahaman yang telah terpesong sekian lama oleh golongan israel ini menyebabkan bangunan Masjidil Aqsa kini menjadi pertaruhan mereka dalam usaha penguasaan penuh ke atas bumi Palestin. Berikutan peristiwa Nabi Sulaiman a.s mengumpulkan kitab-kitab sihir ketika itu yang digunakan oleh sesetengah pemuja syaitan disetiap pelosok negeri untuk dihapuskan kerana ianya amalan syirik dan menyekutukan Allah swt. Nabi Sulaiman telah menyembunyikan kitab-kitab tersebut dibawah Masjidil Aqsa dan dijaga oleh 4 orang pengawal yang dipercayainya. Setelah wafatnya Nabi Sulaiman a.s, pengawal-pengawal tersebut mengambil kesempatan untuk membawa keluar kesemua kitab-kitab tersebut lalu menggunakannya sebagai jalan mudah untuk menjadi kaya dan berpengaruh lalu menyebabkan mereka alpa tentang kebesaran Allah swt terus menyebar dan melakukan perkara-perkara penyembahan syaitan diseluruh dunia serta menjadi syirik kepada Allah swt. Mereka mengelarkan diri mereka sebagai freemason ketika itu yang heboh diperkatakan hari ini tentang golongan penyembah syaitan dan gerakan mereka kian membesar disebalik kehidupan normal masyarakat dunia. Ianya menjadi penanda aras bermulanya kembali zaman jahiliyah yang mempercayai dan menggunakan ilmu hitam (sihir) sebagai kekuatan diri dan lambang kejahilan manusia tentang erti kesesatan yang jelas dan dimurkai oleh Allah swt. Setelah peristiwa itu berlalu, golongan ini percaya bahawa dajjal akan muncul suatu hari nanti dan mereka ingin memusnahkan Masjidil Aqsa kerana pada pandangan mereka terdapat kuil sulaiman dibawah permukaan masjid tersebut yang akan menjadi tempat dan singgahsana dajjal serta persediaan bagi menyambut kedatangannya ke dunia. Sebenarnya dalam sedar ataupun tidak Golongan Israel ini bukan sahaja dipengaruhi oleh masalah perebutan kawasan kepercayaan agama sahaja malah turut disertai oleh mereka-mereka yang mempercayai ketuhanan dajjal dan penyembah syaitan.



Sejak akhir-akhir ini, kekejaman Israel semakin menjadi-jadi dan diputarbelit oleh sesetengah pihak bagi mengaburi mata masyarakat dunia tentang penguasaan wilayah yang dilakukan. Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa pihak Hamas melakukan serangan demi serangan dan menyebabkan ramai rakyat Israel yang sengsara dan meninggal dunia. Pada hakikatnya, pihak Israel telah melakukan penjajahan hampir sedekad lamanya terhadap Palestin tanpa belas ihsan pun dan Amerika Syarikat menjadi duri dalam daging bagi proses pelaksanaan tersebut kepada Palestin serta tidak pula dianggap sebagai pengganas dunia. Sistem penjajahan baru ini telah melepasi tahap kritikal dan seharusnya masyarakat dunia bukan lagi sekadar mendengar dan melihat sahaja. Kita perlu bersatu di bawah satu tampuk kekuatan dan menegah apa yang perlu ditegah. Negara-negara besar perlu memainkan peranan mereka tanpa memberi peluang serta mengenakan tindakan undang-undang antarabangsa terhadap keganasan global yang melampau ini.

" Jika hari ini Palestin, bagaimana pula dengan esok?".


Doa untuk Palestin

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah meghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera-tentera bergajah Musyrikin, maka kami bermohon kepadaMu Ya Allah..turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang islam di Palestin dan seluruh dunia, hancurkanlah rejim zionis laknatullah...amin Ya Rabb."