Soalan:
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Apakah tanda-tanda yang amal ibadah kita di terima oleh ALLAH SWT?
Jawapan:
Begitu besar rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat manusia di dunia ini, sehingga tidak ada satu makhlukpun yang mampu menghitung besarnya rahmat Allah tersebut. Rahmat Allah yang luas itu diberikan kepada siapa yang dikehendakiNya tidak kira kepada orang yang beriman ataupun kepada orang ingkar. Dalam beribadah kepada Allah seseorang akan merasakan nikmat kedamaian dalam jiwanya jika ibadahnya diterima oleh Allah. Hati mereka menjadi tenteram bahkan segala kativiti harian yang dilakukannya diserahkan kepada ketentuan dan takdir Allah, setelah itu apapun ganjaran yang diterimanya diterima dengan perasaan redha.

Jika
perasaan redha dan sabar telah menyatu dalam kehidupan dan keperibadian
seseorang maka ini suatu bukti bahawa amalan yang dilakukannya itu
diterima oleh Allah. Tetapi jika mereka tergolong orang yang taat
mengerjakan ibadah,namun pada masa yang sama masih melakukan pekerjaan
mungkar dan terkutuk, sehingga tidak meninggalkan bekas dalam hati dan
kehidupannya. ini membuktikan bahawa amalannya tidak diterima oleh
Allah.
Contoh
lain, umpamanya dalam ibadah solat dengan tegas Allah jelaskan "bahawa
solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar". Namun dalam
praktiknya ramai orang mengerjakan solat tetapi pada masa yang sama
melakukan kemungkaran, ini suatu bukti bahawa tanda-tanda amalan
solatnya tidak diterima oleh Allah. Kerana ibadah solatnya tidak
memenuhi ketentuan yang telah digariskan oleh Allah SWT tadi. Begitu
juga dalam ibadah haji, jika seseorang setelah kembalinya daripada tanah
suci memiliki keperibadian yang mulia dan berubah dari kurang baik
kepada yang lebih baik, ini membuktikan bahawa hajinya tergolong haji
yang mabrur ertinya hajinya diterima oleh Allah. Tetapi ada juga
sekembalinya dari tanah suci keperibdiannya lebih jahil daripada
sebelumnya, ini membuktikan bahawa hajinya adalah haji mardud ertinya
amalannya ditolak oleh Allah SWT.
Puncak
dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman
dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi
tenteram". (Ar ra'd ayat 28) Wallahu A'lam.