Aku pernah bekerja di TM Point TAD Jerantut dulu sebagai Customer Service Executive, tapi tak lama sangat keje kalu tidak silap 3 bulan je pada tahun 2011 sebelum join program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Pada mulanya aku berfikir senang je nak jadi customer service tapi hakikat sebenarnya bukan mudah lebih-lebih lagi berada di kampung sendiri.
Seingat aku pada hari pertama aku kerja memang jadi blurr. Entah tak tahu nak buat apa, tapi bila da lama kerja baru la stabil sedikit dengan bantuan rakan-rakan. Banyak benda yang dapat aku belajar walaupun masanya terlalu singkat. Aku dapat kemahiran bagaimana untuk melayan pelanggan, mendaftarkan maklumat pelanggan dan macam-macam lagi. Mula-mula tu pening gak la bila nak guna sistem i-care prime dan Siebel TM tu, aku ingat seorang staff daripada TM Menara datang untuk ajar aku tapi namanya aku lupa. Tiap kali sistem ada masalah misalnya pendaftaran pelanggan yang memohon streamyx mesti jadi huru-hara la kat frontline..hahaha...teringat dulu-dulu.
Tetapi kadang-kadang kita diuji jugak dengan karenah dan perangai pelanggan. Pernah sekali ada pelanggan meluahkan perasaan tentang masalah keluarganya pada aku, satu jam lebih gak la melayan dia dan nasib baik pelanggan lain pun kurang hari tu. Ada jugak pelanggan yang ajak borak tentng politik setempat..haha..layankan aja. tapi da jugak yang datang maki-maki hamun, bab yang ni aku pening kepala. Tapi xpe, sabar itu separuh daripada iman.
Disamping tu gak, aku keluar untuk buat sales (Promote Streamyx) dalam daerah Jerantut. Jerantut adalah sebuah daerah yang sangat luas. Antara tempat yang aku buat promosi seperti di Kampung Damak, kawasan-kawasan utama di felda, bandar Jerantut dan beberapa kawasan di Temin. Sesiapa yang biasa dengan daerah Jerantut mesti tau kawasan-kawasan ini. Jadi, aku selitkan sedikt gambar-gambar kenangan bekerja di TM Point ni.
Tapi yela siapa sangka, pengalaman itu memang mematangkankan kita untuk menjadi lebih berani bergerak ke hadapan. Kini, aku merantau untuk mencuba sesuatu yang baru.
Meliuk patah akar belikat,
Angin menderu menujah taman,
Hidup berani mencari berkat,
Bahagia hendaknya ke akhir zaman.
sekian..:)
4 comments:
blh share tak apa yg ditanya semasa u interview kat tmpoint dulu?
blh share tak apa yg ditanya semasa u interview kat tmpoint dulu?
tang mana tmpoint ni weh?
MiMi : Interview tu macam biasa la, tgk pada kelulusan dan pengalaman bekerja kita. Tahap kesedian kita untuk jadi multitasking pun penting gak.
Asrul : TMPoint Jerantut ni kat bangunan JAYA lama, rujukan sekarang depan bangunan aktif baru.
Post a Comment