Titian perjalanan mengukir suka duka didalam kehidupan. Adakala ianya sumber kekuatan dan adakalanya merundum jiwa. Sabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan mencari erti kebenaran dan keutuhan jiwa.
Thursday, May 24, 2012
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Latarbelakang
Dalam
tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan
rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan
kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak
negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran)
Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran,
1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961.
Kemudian,
sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya
matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin
serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara
dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Rasional
Rasional
Sistem pendidikan
di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan
pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem
Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan
keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat
pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu
yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi
sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai
matlamat-matlamat sendiri.
Objektif
Objektif
Objektif
dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu:
"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya,
objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet
ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar
Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisplin dan terlatih.
Falsafah
Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan
dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem
pendidikan kebangsaan.
Strategi Pelaksanaan
Beberapa
strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah
ditetapkan seperti berikut:
(a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
utama;
(b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
bagi semua jenis sekolah;
(c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
(d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;
(j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
(k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan
(m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin,
seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
Di samping
strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan
sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan
Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi
perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar
Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa
Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia,
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan
dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
Penutup
Penutup
Dasar
Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara
buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap
negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk
dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti
pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini
bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi
juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai
rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak
bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras
dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohaninya. Lelaki yang cantik hati budinya adalah:-
rohaninya. Lelaki yang cantik hati budinya adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
ADDIE MODEL
Analyze
Analyze
system (department, job, etc.) to gain a complete understanding of it. Estimate what is going to cost to train the
tasks.
Design
Develop
the learning objectives for each task, to include both terminal and enabling
objectives. Identify and list the learning
steps required to perform the task.
Developed
Select
the delivery method such as tapes, handouts, etc. Review existing material so
that you do not reinvent the wheel
Implement
Create a
management plan for conducting the training.
Subscribe to:
Posts (Atom)