Sekolah..
2004, Malam redup sunyi di pinggiran belakang sekolah ibarat laluan penuh kelam dan menakutkan. Aku bersama beberapa rakan Zuhdi, Baktiar, Gek, Ain, Mat dan Mat Pet yang lain berusaha menyelinap keluar daripada pintu belakang utama sekolah semata-mata kerana bosan dan lapar tinggal di asrama pada malam itu. Kami nekad untuk keluar demi sesuap nasi.
Zuhdi : Arip!cepat panjat!nanti guard nampak..habis kita.
Arif : Yela, aku nak panjat la ni.
Sambil mereka mentertawakan aku untuk memanjat kerana badanku sedikit besar berbanding mereka. Ini pengalaman pertamaku keluar malam bersama rakan-rakan asrama. Namun, malam itu terlalu gelap dan menyukarkan aku untuk memanjat pagar tetapi ku rempuhi jua. Kebiasaannya pada waktu-waktu begini sepatutnya guard melakukan rondaan kawasan sekolah namun kelibat dan bunyi motosikal mereka pun tidak didengari. Kami menyusup jalan belakang sekolah berhampiran padang bersebelahan hospital besar yang terletak dalam sebuah daerah di Negeri Pahang.
Mat Pet : Perghh..gelap betul malam ni. Aku da rasa macam seorang polis pengintip sedang melalukan penyiasatan khas..haha.
Gek : Haha..macam-macam la kau Pet!Pengintip la konon, kau nak jadi polis ke?hehe.
Mat Pet : Yela..aku memang nak jadi seorang anggota polis! Kemas, segak dan berpengaruh..haha
Baktiar : Huh!Jadi seorang askar lagi hebat..
Mat Pet : Eleh, apa yang hebat jadi askar?
Baktiar : Entahlah, aku pun tak tahu...hahaha
Mat Pet : Cait..Poodahh..jawapan yang tidak relevan..haha
(aku dan rakan-rakan yang lain hanya tergelak kecil melihat telatah mereka bertiga.)
Kami meneruskan perjalanan dengan penuh keyakinan tanpa rasa syak dan ragu. Langkah demi langkah kami susuri sambil berborak kosong sesama sendiri. Dengan tidak semena-mena Baktiar ingin kembali semula ke asrama kerana tertinggal wallet di loker bilik. Kami tidak menunggu beliau dan meneruskan perjalanan. Katanya dia mungkin ingin ke tandas sebentar. Sedang asyik berjalan menyusuri danau dan laluan lama yang tidak bertar tiba-tiba..
Mat : Wooooiii!apa tu?
Kelibat makhluk aneh sedang bercanggung dan bertenggek di atas pili paip yang besar kelihatan menyeramkan. Aku dengan rasa tidak sedap hati berserta bulu roma yang semakin menegak menambahkan rasa tidak tentu arah terus melompat ke dalam semak dan diikuti rakan-rakanku yang lain terjun ke dalam semak berhampiran. Aku hanya berdua dengan Ain, rakan-rakan yang lain entah ke mana. Tiba-tiba suatu suara perempuan bergelak ketawa ibarat mengilai kegembiraan. Pada mulanya agak berat juga untuk aku mengintainya namun bagi mendapatkan kepastian Ain memberanikan diri untuk melibat makhluk aneh tersebut.
Nor : Hahahaha...Woiii!!Ni aku la, Nor! Kenapa korang lari bagai nak gila tu..hahaha.
Ain : Hampeh!! aku ingatkan siapa la tadi. Ko ni Nor yang dok bertenggek atas paip ni kenapa?terkejut aku, nasib baik tak melepas aku tadi tau..ish2.
Nor : Hahaha...mana yang lain?
(Aku dan rakan-rakan yang lain pun mula keluar)
Gek : Apa la Nor, bikin orang terperanjat je. Ko buat apa disini? Malam-malam begini bahaya perempuan keluar sorang-sorang la.
Nor : Alaa...aku lapar la. Lagipun aku tunggu Baktiar..maaf la kawan-kawan..hehe...tapi mana dia?
Arif : Biasa la pakwe ko tu..dia tertinggal wallet tadi. Jadi dia balik ke asrama semula.Kejap lagi ada la tu.
Mat : Eh korang, Pet dimana?.
Zuhdi : Haah la..tadi aku tengok dia berlari dah macam kena kejar dengan anjing je. Haishhh...kemana la dia pergi ni.. Pet!Pet!
(Tidak lama kemudian)
Mat Pet : Ape la ko Nor..aku ingatkan pontianak mana la tadi..dah macam orang gila aku lari sambil pejam mata tau, sekali masuk lumpur daaa...hadui..
(Kami semua tergelak melihat aksi Mat Pet terjengket-jengket membetulkan selipar dan seluarnya yang basah.)
Nor : Haha...maaf la Pet, aku pun tak tahu korang tadi. Lagipun Baktiar kata dia nak keluar sorang je malam ini..hehe..nanti aku belanja ko nasi lemak ye Pet.
Mat Pet : Haa...bab tu aku suka dengar..yess!!dapat makan free malam ni. Zuhdi, jangan jealous..hahaha.
Zuhdi : Aku tak kisah pun..haha..sebab aku akan paw jugak nanti. Emm..ok la Nor, kami pergi dulu. Kamu tunggu Baktiar di sini ya..hati-hati.
Nor : Ok..jumpa disana nanti ya.
Malam semakin kelam, perbualan mengenai Nor dan Mat pet amat mencuit hati. Siapa sangka dalam kelam kabut semua boleh terjadi. Nor kami tinggal demi meneruskan hasrat menuju ke tempat yang dituju. Perjalanan seterusnya perlu melalui bilik mayat hospital bagi mengelak daripada terserempak dengan pak guard hospital kerana ianya satu-satunya jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai pada waktu malam. Kadang-kadang guard sekolah pun ada datang melepak di hospital. Jadi, kami perlu lebih berhati-hati menyusuri pagar belakang hospital agar tidak bertemu dengan mereka. Tersalah langkah akibatya bertemu Ustaz Zul la selaku warden asrama kami. Orangnya baik tetapi bila datang angin kemarahannya tiada siapa yang mampu menahan. Piiiaaappp....Aduhhhh...terbayang pinngulku dirotan oleh Ustaz Zul ketika membuat bising di bilik belajar. Sakit yang tidak terhingga namun aku tahan jua. Tanpa disedari aku sudah sampai ke tempat dan laluan yang amat digeruni.
Apabila ternampak saja bangunan yang menempatkan mayat di hospital tersebut, tengkuk dan tangan sejuk membeku. Kali ini memang betul-betul mencabar dan hanya berpandukan lampu jalan serta sinaran bulan pada waktu malam, kami menyusuri laluan gajah menyusu ditepi bangunan tersebut. Aku lihat rakan-rakan yang lain senyap membisu hilang seribu kata dan tiada lagi gelak ketawa serta berbual kosong seperti sebelumnya. Hati semakin berdebar dan perut terasa seperti dipulas-pulas akibat berasa terlalu takut tapi kami kuatkan semangat jua bagi meneruskan perjalanan menuju ke destinasi. Tidak semena-mena Ain menjerit.
Ain : Waaaaaaarghaaa!!!
Mat Pet : Wooiii!!apehal?
(Kelihatan Ain menggigil sambil memeluk Gek)
Ain : Tuuu..!!Benda putih tu...!!
Arif : Mana??
Ain : Tu la dekat pokok tu...
Zuhdi : Mane??Yang tu ke?Adehh..apa la ko ni, tu kan pokok nangka..tu buah nangka yang orang sarungkan baju la. Haiyoo..ini olang aa bikin ini hati seperti mau tercabut woo..haha..
(Kami semua tergelak sambil memandang Ain yang malu-malu kucing)
Ain : Sory..hehehe....aku ingatkan apa tadi.
Mat : Shhhh..kita kat rumah mayat lagi ni..diam-diam..huhu
(Tiba-tiba semua kembali senyap membisu)
Arif : Shhh..jalan-jalan..!!
Selepas melalui rumah mayat hospital kami perlu menyusuri satu laluan selamat yang agak berbukit dan sampai kepada jalan pintas iaitu jalan keretapi. Terdapat anak sungai yang perlu dilalui sebelum sampai ke seberang....continue..