Monday, April 30, 2012

Trekking ke Bukit Lubuk Tedung


Pada 21 april 2012 aku mengikuti program jabatan aku Multimedia Billing System, Telekom Malaysia Berhad mendaki bukit Lubuk Tedung di Kampung Kemensah, Ulu Langat (senang crita belakang Zoo Negara) melibat TM Menara, TM Brickfields, TM Kelana Jaya dan peserta-pserta TM daripada jabatan lain yang berminat.

Pada mulanya aku cuma bayangkan biasa je la. Jadi macam tak bersedia ngat la...cuma sediakan alatan-alatan biasa tap bila buat sedikit kajian di internet baru la tahu agak mencabar gak bukit ni.

Perjalanan sejauh 4KM lebih dan berehat untuk makan tengahari, solat dan rehatkan badan dengan mandi manda di anak sungai Lubuk Tedung mmg menguji ketahanan diri. Kemudian pada 3 pm kami berjalan pulang untuk turun semula. Walaupun jarak pergi dan balik adalah singkat iaitu 8KM tetapi cabaran di sepanjang perjalanan menyebabkan ramai pendaki yang mengalami kekejangan otot.


Tentatif perjalanan di mulakan pada awal pagi, berkumpul di Jinbara Chalet. Aku pergi ngan motosikal je..hehe...merepit skit tapi best gak..bila masuk kawasan kampung terasa macam di kampung sendiri je.



Aku tinggal di rumah kawan di Keramat bagi memudahkan perjalanan pagi untuk ke Kampung Kemensah. Apabila sampai rupa-rupanya aku antara yang terawal..haha..(terlebih semangat)..tapi takpe.Sewaktu memulakan perjalanan tu aku terasa gak la nak semput, yela asyik kerja aje tapi bersenam jarang jadi camtu la tak ada stamina.






Aku and the geng (Group 15)





 Ni waktu da sampai ke Lubuk Tedung, masa memasak..yeahh..lapar bangat nihh!!..hehe





Ni group 15 aku bergambar sebelum nak turun balik....


Aku selamat sampai ke tapak Jinbara Chalet pada pukul 5.46pm, agak nak meletup gak la tulang lutut sebab aku tak berhenti berjalan dan kuatkan semangat. Kalau tak silap seluruh kumpulan sampai hampir pukul 7 pm dan ada gak la staff2 yang sakit. Siap pergi ke uptown puchong malam besoknya untuk berurut, kenala bayar 25hinggit..hehe..xpe..yang penting kaki boleh baik.

Apa-apa pun aktiviti ni memang best dan aku suka, kalau da masa lagi aku nak pergi lagi tapi bukit yang lain sebab apa yang aku tahu daripada seorang askar yang turut sama dalam perjalanan kami menggunakan trek tersebut menyatakan hanya 5 KM lagi daripada Lubuk Tedung kita akan samapai ke Janda Baik. Agak terkejut jugak pada mulanya aku dengar tapi tu la hakikatnya. Selain itu, ada juga beberapa staff yang menceritakan tentang Bukit Lebuh (kalu xsilap) dimana jika kita berada di atasnya keseluruhan Pemandangan Kuala Lumpur dapat kita nikmati..huhu...menambahkan lagi semangat aku.

Baik, pada sesiapa yang berminat oleh berhubung dengan Jinbara Chalet untuk maklumat lanjut dan aktiviti2 macam ni memeeeennnggg best!!hehe

Sekian...:)

4 comments:

Anonymous said...

wahhh...bestnya p...tp cam kenal je bj biru tu arip...huhuhu...

arif rasyidin said...

hehe...saje nak promote baju tu...da le sehelai je..kalu da 1 lg ok gak bleh buat backup..hehe..

Nurain Kamal said...

mana boley contact jinbara~ kena contact BOME ler :P

arif rasyidin said...

eh? BOME yer...ce bagi alamat n no dieorang..hehe