Apakah perbezaan
antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?
Apabila
dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang
telah menjadi sekolah bestari:
- Semua
murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran
masing-masing.
- Guru
akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira
keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.
- Persekitaran
sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid
mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan
berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan
minat belajar secara berterusan.
- Pentaksiran
murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan
pembelajaran.
- Pengetua
atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan
disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan
berkaliber.
- Tahap
penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya,
ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran
anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan
bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah
serta lawatan sambil belajar.
Apakah Sekolah Bestari?
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula
secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
- Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P)
- Sistem
Pengurusan Sekolah Bestari
- Polisi
- Sumber
Manusia, Kemahiran dan Sikap
- Teknologi
- Proses
Komponen-komponen ini akan dinilai
dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih
tinggi.
Mengapakah kita
memerlukan Sekolah Bestari?
Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan
membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan
negara.
Siapakah yang
mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah
Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan
Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.
|
No comments:
Post a Comment