Kelab Penganggur Jerantut ditubuhkan secara tidak rasminya pada 2010. Ianya bertujuan menggabungkan masyarakat terutamanya golongan graduan lepasan universiti untuk menangani masalah pengangguran yang semakin meruncing ketika ini.
Masalah pengangguran menjadi lebih kritikal bukan kerana kekurangan kerja tetapi sikap 'kita' yang memilih kerja da lebih selesa dengan makan gaji daripada menggajikan orang terutamanya di tanah tumpah darah sendiri. Terdapat pelbagai pilihan kerjaya di Malaysia, taburkan benih di tanah moga-moga akan hidup. Tukarkan air air masak menjadi perisa dan boleh dijaja ditepi jalan. Kelakarlah jika ada yang mengatakan kerjaya sebegini tidak mendapat pulangan yang berganda. "Siapa yang berusaha, dia akan berjaya", tetapkanlah hati dan hadapilah masalah dengan menjadikannya peluang untuk menjadi satu tanda mulanya kisah baru didalam hidup kita.
Kelab yang hanya setahun jagung ditubuhkan ini mempunyai 110 orang keahlian melibatkan mereka yang berada di Jerantut dan sebilangannya adalah daripada luar daerah. Secara rasminya dipaparkan di laman sesawang 'Facebook' http://www.facebook.com/groups/168246686530061/ bagi memudahkan ahli-ahli menyatakan peluang-peluang pekerjaan yang baru disamping berkongsi pendapat mengenai isu-isu perkembangan semasa berkaitan masalah pengangguran di Malaysia.
Logo Penganggur Jerantut bertemakan Alam Flora. |
Daerah Jerantut terkenal dengan kehijauan alam floranya dan menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung saban tahun. Hal ini berikutan terdapatnya sebuah taman negara yang meliputi tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Walaubagaimanapun kita tidak perlu terlalu risau mengenai masalah pengganguran yang berlaku kerana kejaan juga tidak putus-putus membantu dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.
Pengangguran di M'sia tidak membimbangkan
Kerajaan sentiasa melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah pengangguran terutama di kalangan graduan di negara ini walaupun ia berada pada tahap yang tidak membimbangkan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kadar pengangguran ketika ini adalah pada tahap 3.2 peratus dan kadar pengangguran di bawah empat peratus adalah kadar yang biasa.
"Suku yang lepas 3.1 peratus...naik 3.2 peratus sekarang ini bila graduan keluar. Sewaktu krisis ekonomi 2008-2009, ia naik dekat empat peratus. Dalam masa setahun dengan inisiatif kerajaan lepas tu turun hingga sekarang.
"Kalau kita bandingkan dengan Amerika Syarikat, Jerman dan Australia...(kadar pengangguran) berganda," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ceramah sambil makan tengah hari antara Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Multinasional dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri di Kedah di Alor Setar hari ini.
Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya banyak perancangan diadakan untuk graduan bagi mengelakkan pengangguran yang bukan hanya dilakukan oleh kerajaan tetapi juga oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.
"Kerajaan melalu Jabatan Tenaga Kerja mewujudkan portal (JobsMalaysia.gov.my) untuk pendaftaran di mana majikan juga akan mendaftar pekerjaan yang ada. Untuk tahun ini daripada Januari hingga Oktober kita dah dapat tempatkan 170,000 pencari kerja berdaftar termasuk 52,000 graduan.
"Itu belum lagi menerusi usaha syarikat swasta seperti karnival kerjaya. Ini bantu tampung keperluan penganggur di negara ini. Kita ada dekat 40,000 majikan di negara yang mendaftar dalam portal kita. Ketika ini kerja kosong ada 130,000 seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat," katanya.
Maznah berkata bagaimanapun masalah terlalu memilih kerja di kalangan rakyat di negara ini terutama graduan menyebabkan masalah pengangguran masih berlaku.
"Nasihat saya cari pengalaman walaupun tidak secocok dengan kelulusan dan bidang. Pengalaman itu boleh digunakan untuk rujukan mendapat pekerjaan lebih baik," katanya.
- Bernama
Apa yang perlu dilakukan kini adalah setiap individu dalam masyarakat perlu berganding bahu bagi mengatasi permasalahan ini. " Hendak seribu daya , tidak mahu seribu dalih". Golongan graduan terutamanya banyak diberi peluang bagi manjayakan perniagaan sendiri. Misalnya pinjaman daripada agensi kewangan dan badan berkanun untuk memudahkan mereka memulakan perniagaan.
Firman Allah swt maksudNya:
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri " (Ar-Raad: Ayat 11).
Masalah pengangguran akan berkurang jika setiap masyarakat memainkan peranan masing-masing. Disamping mereka yang menganggur bersedia untuk membangunkan diri dan berkorban bagi menjadikan diri bersedia menceburkan diri didalam pasaran dan industri.
Sekian...:)
No comments:
Post a Comment